Dilahirkan dengan kecacatan serius pada wajah dan terpaksa melalui 18 kali pembedahan, tidak sangka wanita ini boleh berkahwin dengan jejaka tampan yang mencintainya!

Seorang wanita yang dilahirkan dengan kecacatan wajah akhirnya menemui pasangan hidup dan telah mengikat tali perkahwinan dengan jejaka idamannya. Malah, dia turut dengan bangganya memberitahu kepada semua tetamu bahawa dia telah menemui pengakhiran yang bahagia.

Cody Hall dilahirkan dengan kecacatan wajah yang agak serius. Tanda lahirnya itu sungguh besar sekali gus telah mengubah bentuk bahagian kiri wajahnya. Ianya begitu teruk sehinggakan para doktor tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Kredit: Northamptonshire Telegraph/SWNS

Namun, kedua-dua ibu bapa Cody tidak patah semangat sebaliknya terus mengkaji keadaan yang menimpa anaknya dan telah menemui seorang pakar bedah di Amerika.

Keluarga Cody telah meminta sumbangan orang ramai dan berjaya meraih sebanyak RM1.26 juta. Menerusi sumbangan berkenaan, Cody telah dihantar ke Hospital Roosevelt yang terletak di New York dan mendapatkan rawatan pertamanya pada tahun 1993. Pada waktu berkenaan, Cody baru berusia setahun.

Kredit: Northamptonshire Telegraph/SWNS

Semenjak itu, Cody terus menjalani pembedahan wajah. Dalam tempoh 14 tahun, Cody telah mengikuti 18 kali pembedahan termasuk pembedahan menegangkan wajah, membetulkan struktur hidung, membuang lemak, pembedahan mata, pembedahan laser dan menjalani prosedur membuang kulit mati.

Pada tanggal 19 November, Cody yang kini berusia 25 tahun telah mengahwini jejaka pilihan hati iaitu Lewis Holt, 27 tahun di Gereja St. Michael yang terletak di Great Oakley, Northamptonshire.

“Ia adalah hari yang penuh emosi dan tangisan terutamanya sewaktu saya melihat Lewis berada di atas pentas. Ianya adalah tangisan kegembiraan,” kata Cody.

“Saya hanya mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa penamat bahagia itu wujud”.

Pasangan suami isteri ini bertemu kira-kira lapan tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada bulan Jun tahun ini.

Kredit: Northamptonshire Telegraph/SWNS

Cody yang bekerja di wad pembedahan di Hospital Besar Kettering telah menanggung penderitaan selama berpuluh tahun akibat prosedur pembedahan yang dilaluinya.

Ketika ditanya mengenai pengalaman yang perlu Cody tempuhi sepanjang membesar, Cody menyatakan:

“Apabila saya memasuki sekolah menengah, ramai yang bertanya tentang keadaan wajah saya. Ada juga yang melihat dan merenung saya tanpa henti”.

“Semua perhatian tersebut kadangkala membuatkan saya sedih namun semakin lama, orang ramai semakin sedar mengenai keadaan ini”.

Kredit: Northamptonshire Telegraph/SWNS

Tambah Cody, dia turut menerima respon positif daripada orang sekeliling yang berbangga dengannya.

Nampaknya, Cody berjaya menempuh dugaan hidup dan diharap akan kekal bahagia bersama insan tersayang.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru