Haiwan paling comel ini mempunyai nama yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini!

Pernahkah anda mendengar nama ‘Aardwolf ‘? Jika anda tidak pernah mendengar nama ini, bersedialah untuk melihat spesies haiwan paling comel yang pernah wujud di dalam dunia ini.

Spesies ‘aardwolf’ datang dari spesies yang sama dengan hyena. Tidak hairan mengapa rupa mereka dilihat hampir serupa. Tetapi tidak seperti hyena yang menjadi haiwan pemangsa yang boleh menghancurkan tulang dengan giginya, haiwan aardwolf  suka memakan anai-anai dan ia tidak ganas. Perkataan ‘aard’ berasal dari bahasa Belanda bermaksud ‘bumi’.

Haiwan comel ini adalah anak aardwolf

Kredit : Arkive

Spesies ‘aardwolf’ berasal dari Afrika Timur dan Selatan. Haiwan ini suka tinggal di dalam lubang bawah tanah. Selalunya mereka tidak menggali lubang sendiri, sebaliknya akan menduduki lubang yang telah ditinggalkan oleh haiwan lain. Aardwolf adalah haiwan yang sangat pemalu dan suka bergerak pada waktu malam. Namun pada waktu musim sejuk, mereka akan mengumpul tenaga dengan tidur pada waktu malam dan hanya makan di siang hari.