Kembar wanita dengan rupa seiras tetapi salah seorang melebihi berat 136 kg. Selepas satu tragedi, wanita ini telah berjaya mengubah dirinya dengan kehilangan 56 kg!

Pada tahun 2005, Oprah Winfrey telah menjemput pasangan kembar seiras dengan wajah yang sangat serupa tetapi salah seorang telah mengalami ketagihan terhadap makanan.

Sembilan tahun kemudian dalam satu rancangan “Where Are They Now”, satu berita yang amat tragik telah membawa perubahan kepada kembar seiras ini dengan kisah yang memberi inspirasi.

Kredit: Youtube Screenshot/ OWN

Pasangan kembar seiras Ruth dan Mary mempunyai rupa yang amat serupa sehingga pada usia 11 tahun apabila Mary mula memulakan tabiat makan secara berlebihan dan menambah berat badan.

Ketagihan Mary kepada makanan bertambah meruncing apabila buat pertama kali apabila mereka datang ke rancangan Oprah Winfrey, berat badan Mary yang berusia 34 tahun pada waktu itu sebanyak 191 kilogram. Ruth mempunyai berat badan yang normal iaitu 54 kilogram dan kembarnya, Mary adalah 136 kilogram lebih berat dari Ruth.

Kredit: Youtube Screenshot/ OWN

Tabiat makan Mary yang agak melampau telah mempengaruhi rupa fizikalnya. Dan ibu mereka selalu melabel Ruth sebagai ‘yang tercantik’ di antara mereka berdua. Ruth menjadi tertekan dan mengakui yang beliau menderita penyakit anoreksia dan bulimia kerana takut akan menjadi seperti kembarnya yang obes.

Mary telah menitiskan air mata apabila bercakap tentang anak lelakinya, Chris yang berusia 13 tahun pada ketika itu yang telah berkata dengan nada sedih,”Ibu saya makan dengan banyak dan kadangkala ibu membuat saya menjadi marah apabila ibu tidak dapat mengawal apa yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan apa yang ibu makan. Oleh kerana ibu berbadan besar dan obes, ibu tidak boleh bermain atau menaiki apa-apa bersama kami.”

Kredit: Youtube Screenshot/ OWN

Dalam rancangan “Oprah” tersebut, Mary mendapat tahu anak lelakinya merasa bimbang dan takut yang beliau akan menemui ajal kerana obesiti.

Namun, satu tragedi telah mengubah kehidupan Mary dan memberi motivasi kepada dirinya. Enam tahun selepas penampilan kembar ini di dalam rancangan “Oprah”, Chris telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya semasa berusia 19 tahun.

Kredit: Youtube Screenshot/ OWN

Beberapa tahun kemudian, pasangan kembar ini telah muncul kembali  dalam rancangan “Oprah” dan berkongsi bagaimana kematian anak lelaki Mary telah mengubah dirinya untuk berusaha menurunkan berat badan.

Mary berkongsi kisah yang beliau mengambil masa selama satu setengah tahun dengan hanya duduk di atas katil dan berfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan. Ruth berkata beliau menjadi buntu dan tidak tahu bagaimana boleh membantu kembarnya itu.

Apa yang boleh Ruth lakukan adalah dengan duduk atau berbaring di sebelah katilnya dan memegang tangan Mary. Dan Ruth sentiasa teringat, apabila Mary bangun dari tidurnya dan kerap berkata kepadanya, “Ini semua mimpi, ini semua mimpi!” dan Ruth hanya mampu berkata, “Tidak, ini bukan mimpi.”

Selepas tragedi tersebut, ia menjadi titik permulaan kepada kehidupan Mary dan beliau telah membuat keputusan untuk bangkit. Kata Mary, “Saya bangun dari katil dan berkata, masa ini sudah cukup, saya perlu mendapatkan bantuan.”

Kredit: Youtube Screenshot/ OWN

Mary menambah, akhirnya masa telah tiba untuk beliau bertindak seperti mana yang dimahukan oleh mendiang anak lelakinya sejak beberapa tahun yang lalu.

Mary telah berkongsi bagaimana beliau telah kehilangan berat badan sebanyak 56 kilogram dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjalani rutin senaman harian.

Kredit: Youtube Screenshot/ OWN

Pada peringkat permulaan Mary menjejakkan kaki di atas ‘treadmill’ , nafasnya menjadi semput selepas berlari selama 30 saat. Kini, Mary boleh berlari selama 30 minit tanpa henti dan sangat suka melakukan senaman setiap hari sebagai rutin harian.

Mary berkata, “Kini saya berasa amat bertenaga dan perasaan menjadi lebih baik. Saya masih meneruskan usaha untuk menurunkan berat badan. Perjalanan masih panjang, tetapi saya tetap bertekad meneruskannya.”

Lihat video di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.