Pembantu rumah bertugas seperti biasa di rumah ‘pelanggan paling penting’, yang kemudian membuat dirinya terpaku dan terduduk

Seperti biasa wanita ini ditugaskan sebagai pembantu rumah di satu rumah yang ditekankan oleh majikannya sebagai ‘pelanggan paling penting’, tetapi beliau menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi seperti harinya yang biasa.

Sebaliknya, hari itu sebenarnya bukan hari yang biasa. Sebaik sahaja memasuki rumah tersebut untuk menjalankan tugasnya, pelanggan tersebut telah memberitahu wanita ini, rumahnya telah dibersihkan. Semuanya telah dibersihkan dengan rapi dan teratur. Dan pelanggan tersebut telah menugaskan pembantu rumah ini untuk menjalankan ujian rasa terhadap beberapa hidangan mewah dan selepas itu sesuatu telah berlaku…

Apabila seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak dari Cleveland, Ohio bernama Cara Simmons tiba di rumah pelanggan untuk menjalankan tugas sebagai pembantu rumah seperti biasa, pelanggan tersebut, Madeline Blue telah memberitahunya yang rumah tersebut sudah dibersihkan. Tetapi Madeline berasa lega apabila Cara telah datang membantunya kerana beliau akan menyediakan satu ‘parti yang besar’ untuk majikannya pada malam tersebut, dan masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan.

Madeline kemudian memperkenalkan seorang chef eksekutif bernama Manny Slomovits yang sedang berada di dapur dan meminta Cara untuk menguji rasa beberapa hidangan mewah yang telah disediakan.

Apabila Chef Manny bertanya Cara, “Apa makanan kegemaran kamu?”

Cara menjawab, “Spaghetti.” Kesemua anak-anak Cara menyukai spaghetti, jadi beliau juga menyukainya.

Tetapi, apa yang Cara Simmons tidak sedari, hidangan yang akan diuji rasa amat jauh menyimpang dari Spaghetti.

Mula-mula, Chef Manny telah memulakan dengan menyediakan hidangan udang kara yang diimpot khas dari Afrika Selatan berharga RM2,150. Cara diminta menguji rasanya, yang sememangnya amat lazat. Dengan ekspresi wajah yang membayangkan dengan tidak mempercayai betapa lazatnya rasa udang kara tersebut.

Katanya, “Saya berharap ada orang lain yang dapat merasainya bersama saya. Mereka mungkin tidak mempercayai apa yang saya sedang rasa ini.”

Chef Manny Slomovits mencelah, “Makanlah, kita ada enam lagi hidangan untuk dicuba.”

Muka Cara Simmons berubah sambil tersenyum, “Ermm… apa?”

Chef Manny berkata lagi, “Hidangan seterusnya lagi akan membuat kamu tidak senang duduk. ‘Butternut squash ravioli, lobster lollipops’ dan ini sos mewah yang lazat. Ini pula taburan cendawan truffle putih. Harganya RM17,200 setengah kilogram.”

Seperti yang kita bayangkan, Cara Simmons seakan tergamam sambil menikmati hidangan mewah tersebut.

Kemudian, pelanggannya Madeline Blue datang memeriksa, “Bagaimana semuanya berjalan, ada baik ke?”

Cara Simmons memberi respon, “Oh… Terbaik!”

Madeline bertanya kepada Cara, “Jadi kamu fikir kita sudah bersedia untuk parti malam ini?”

Cara mengesahkan dengan yakin, “ Oh… semestinya.”

Kemudian ditambah lagi dengan sesuatu yang tidak diduga, loceng pintu pun berbunyi. Cara Simmons diminta membuka pintu.

Dua orang tukang urut telah datang dan Cara diminta untuk menjemput mereka masuk. Salah seorang berkata kepada Madeline, “Ada baiknya bagi kami melonggarkan otot-otot tangan kami . Jika tidak tangan kami akan mengalami kekejangan. Dan ia akan menjadi suatu perkara yang tidak baik.”

Kemudian Madeline memandang kepada Cara sambil bertanya, “Tolong katakan kepada saya yang kamu tidak kisah diurut oleh dua tukang urut ini.”

Jawab Cara Simmons sambil bergurau, “Saya rasa hari ini seperti hari lahir saya!” sebelum menerima urutan empat tangan lelaki tukang urut ini.

Kedua tukang urut ini bertanya, “Adakah kamu pernah diurut empat tangan sebelum ini?”

Cara Simmons menjawab, “Tidak…Kecuali anak-anak saya yang memicit dan menekan di atas badan saya.”

Tetapi, rancangan perlu diteruskan, dan lebih banyak kejutan akan menyusul dan terus membuat Cara Simmons menjadi lebih keliru.

Kemudian, untuk membuat keadaan lebih mengejutkan, datang seorang lelaki yang menguruskan kerja pemindahan dan Madeline meminta Cara Simmons meletakkan kotak di ruang tamu dan membukanya untuk melihat isi di dalamnya.

Cara Simmons tergamam dan berkata, “Ini barang-barang saya.”

Lelaki itu dengan nada keliru berkata, “Saya ditugaskan menghantar barang-barang untuk wanita yang tinggal di rumah ini…Puan Simmons.”

Cara Simmons melihat lelaki itu dengan wajah yang keliru dan berkata, “Ya…”

Lelaki ini cuba mengesahkan, “Untuk Puan Cara Simmons, betul?”

Cara berkata dengan teragak-agak dan keliru, “Itu… Itu… nama saya.”

Dan lelaki ini memberi respon dengan berkata, “Jadi, rumah ini mesti rumah puan, bukan?”

Cara Simmons menjawab, “Oh! Bukan… bukan…bukan…”

Apabila lelaki pemindah barang ini meminta Cara Simmons untuk keluar dan melihat apa yang berada di dalam lorinya, untuk mengesahkan keadaan yang keliru ini, tiba-tiba tiga orang anaknya muncul dari dalam lori dan menjerit memberi kejutan!

Lelaki pemindah barang ini menarik sarung kepalanya dan mendedahkan diri dengan berkata, “Saya pelakon dan hos Greg Benson dari rancangan “Prank it Forward”.”

Greg menerangkan dan meleraikan kekeliruan Cara dengan berkata, “Kami membuat perkara kebaikan kepada mereka yang berhak menerima kebaikan. Kamu layak untuk mendapat cuti rehat dan menjalani hari yang hebat.”

Greg Benson menerangkan lagi, “Tetapi apa yang kamu tidak tahu, dan keluarga kamu juga tidak tahu, sebenarnya… kini ini adalah rumah kamu!”

Greg kemudian menyerahkan kunci rumah yang telah dibeli dan diubahsuai itu dan berkata kepada Cara, “Kamu boleh tinggal di sini seumur hidup kamu, dan mewariskan kepada anak kamu dan cucu kamu… Rumah ini kepunyaan kamu!”

Cara Simmons dan keluarganya tidak mempercayai durian runtuh yang mereka baru perolehi. Cara dengan wajah terkejut dan menutup mulutnya, tidak dapat mengawal emosi kegembiraan dan mengalirkan air mata.

Cara Simmons sememangnya berhak mendapat rumah tersebut kerana telah bekerja kuat selama hidupnya dan mengalami pelbagai penderitaan membesarkan anak-anak.

Kemudian, Greg mendedahkan ‘pelanggan paling penting’, chef eksekutif dan tukang urut tersebut adalah mereka yang diuruskan untuk berlakon bagi pihak rancangan “Prank It Forward” dari Break.com. Majikan yang dimaksudkan oleh ‘pelanggan paling penting’ itu ialah Cara Simmons sendiri.

Bukan itu sahaja. Terdapat satu lagi kejutan. Oleh kerana Cara Simmons selalu mengimpikan untuk melancong, Greg Benson telah memberi satu lagi berita kejutan.

Kejutan terakhir kepada Cara Simmons ialah, Cara akan pergi bercuti dalam pekej percutian mewah di Riviera Maya, Mexico untuk melihat piramid bersama keluarga dan adik perempuannya.

Cara Simmons berasa terkejut sambil melihat hadirin yang memberi tepukan kepadanya dan berkata, “Oh… Saya rasa mahu menangis sekali lagi!”

Nama Cara Simmons telah dicadangkan untuk rancangan “Prank It Forward” oleh majikan Cara, Mary Jo dan adik perempuannya, Glo Nicholson.

Glo Nicholson berkata, “Cara adalah seorang kakak yang hebat. Beliau tidak pernah mementingkan diri sendiri dan sentiasa bekerja keras.”

Mary Jo juga bersetuju dengan menyatakan, “Cara sentiasa mendedikasikan diri dengan kerja dan keluarganya. Cara sentiasa bekerja keras.”

Kredit imej: YouTube Screenshot | Break.

Lihat video kejutan pembantu rumah bertuah ini di bawah.