Seorang tentera Korea Utara ditembak pada jarak dekat ketika cuba melarikan diri ke sempadan Korea Selatan

Awal minggu lalu, dunia dikejutkan dengan berita mengenai cubaan seorang tentera Korea Utara yang cuba melarikan diri dari cengkaman komunis dengan memasuki sempadan negara Korea Selatan.

Markas Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Command (UNC) merupakan struktur markas bersepadu bagi angkatan tentera multinasional yang membantu Korea Selatan semasa dan selepas Perang Korea. UNC telah menyebarkan satu rakaman litar tertutup memaparkan seorang anggota tentera Korea Utara cuba melarikan diri ke sempadan Korea Selatan sementara tentera-tentera lain melepaskan berdas-das tembakan ke arahnya.

Rakaman kamera tertutup ini pada awalnya menunjukkan sebuah kenderaan sedang meluncur laju dalam cubaan untuk melarikan diri.

Namun, cubaannya gagal apabila kenderaan yang dinaiki telah melanggar sebuah parit kecil sekali gus menyebabkan kereta yang dinaikinya tidak mampu bergerak lagi. Lelaki ini kemudiannya segera keluar dari kenderaan dan berlari ke arah sempadan negara Korea Selatan.

NPR

Anggota tentera Korea Utara lain yang menyedari cubaan melarikan diri lelaki berkenaan segera mengejarnya dan melepaskan lebih daripada 40 das tembakan pada jarak dekat  ke arah tentera yang dikenali sebagai Oh itu.

Oh yang ditembak sebanyak lima kali terus melarikan diri ke sempadan sebelum dia rebah di dalam longgokan dedaun kering.

BBC

Kira-kira 12 minit kemudian, terdapat dua orang tentera Korea Selatan mendekati Oh yang terbaring kaku dan menariknya ke lokasi yang lebih selamat.

BBC

Oh yang berusia 24 tahun telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setelah menjalani pembedahan, Oh kini mula sedarkan diri.

“Dia baik-baik sahaja. Dia tidak akan mati,” kata Dr. Lee Cook-jong, pakar bedah yang merawat Oh.

Saksikan video di bawah:

Sumber: SAYS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.