Tektik pencuri kini! Kurang daripada 30 saat pencuri ini berjaya melarikan bateri sebuah kereta Proton Wira!

Baru-baru ini sebuah video kecurian bateri sebuah kereta tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Kejadian yang berlaku itu telah berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kereta itu diletakkan. Apa yang menariknya perbuatan itu hanya dilakukan kurang daripada 30 saat dan dilakukan pada siang hari! Kejadian seperti ini jelas menunjukkan bahawa pencuri kini punya kemahiran tinggi untuk melakukan kecurian. Mereka juga nampaknya lebih berani kerana melakukan jenayah itu pada siang hari!

Pencuri itu dilihat dihantar oleh seseorang dengan menaiki sebuah motosikal ke kawasan itu. Dia kemudian dengan selamba melangkah ke arah kereta itu dan melakukan sesuatu pada tayar hadapan kereta itu sebelum dia berjaya membuka bonet hadapan kereta itu.

Menurut seorang pengguna reddit, u/JellyMule:

“Kabel yang boleh membuka bonet hadapan kereta itu terletak tepat di atas roda depan hadapan kereta Wira itu. Kereta itu sememangnya terdedah kepada bahaya kerana tidak ada penutup yang boleh mengelakkan pencuri daripada memasukkan tangan mereka ke dalamnya.”

Sebaik sahaja bonet itu terbuka dia terus mencari bateri kereta tersebut

Dalam masa beberapa saat, pencuri berjaya mengambil bateri kereta itu. Secara keseluruhannya, proses kecurian itu hanya dilakukan kurang daripada 30 saat!

Beberapa orang pengguna reddit juga mendedahkan bahawa mereka juga pernah mengalami pengalaman yang sama di mana bateri kereta mereka dicuri. Mereka menganggap mungkin pencuri menggunakan kaedah yang sama.

Ingin lihat sendiri bagaimana bateri kereta ini boleh dilarikan hanya dalam beberapa saat? Tonton videoa di bawah, anda juga pasti akan terkedu melihat ‘kemahiran’ lelaki ini!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.